
Oleh Syed Muhammad Fauzi Syd Mostapa
PUTRAJAYA , 15 Mei (Malaysiaaktif) — Golongan wanita hari ini merupakan rakan strategik dalam mengekalkan kesejahteraan sosial serta kemakmuran negara.
Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, berkata Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) sekarang dianggap Rakan Perkhidmatan Awam yang baik, berketerampilan dan cemerlang.
Beliau berkata sebagai ibu dan penjawat awam, mereka cekal dan berwawasan menempuh pelbagai cabaran demi membentuk anak-anak kelas pertama bagi mengisi kepentingan negara masa hadapan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu dan Sambutan Hari Ibu 2015 anjuran PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) pagi Jumaat.
Tambah beliau lagi, ahli PUSPANITA JaPen telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pertandingan PUSPANITA yang berlangsung pada awal tahun ini, seperti “Pom Pom Girls”, Tiru Gaya Saloma, Nyanyian Lagu Saloma dan Sukan Bola Jaring.
Turut hadir Pengerusi PUSPANITA JaPen, Datin Salehah Abdull Hak yang dalam ucapannya menegaskan, keperluan menjaga keterampilan dan imej diri sebagai wanita bekerja.
Majlis yang bertemakan “Jubah Hitam Bling Bling” ini berlangsung di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Lebih 150 orang ahlu PUSPANITA hadir.