
KEMAMAN, 29 Mei (Malaysiaaktif) — Dua orang maut, sementara tiga lagi parah apabila kenderaan MPV yang mereka naiki terbabas di Km 277.3 Lebuh Raya Pantai Timur 2 petang tadi.
Kemalangan berlaku berhampiran susur keluar plaza tol Chukai .
Mangsa dilaporkan datang dari arah Kuantan menuju ke Marang Terengganu untuk menyertai pesta mencandat sotong.
Khairuddin Yunus, 41, dari Pelabuhan Kelang dan Syaiful Nahar Mokhtar 40 dari FELDA Bilot meninggal di tempat kejadian.
Kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.