Skip to main content
HomeViral

Enam Langkah Tangani Pencemaran Bauksit Di Pahang

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUANTAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan enam langkah proaktif bagi menangani aktiviti perlombongan bauksit yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Kuantan.

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antaranya memantau kepatuhan permit perlombongan, menyita peralatan melombong dan mengadakan sekatan jalan raya berterusan.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan jabatan-jabatan kerajaan termasuk agensi penguatkuasa di Kuantan, petang semalam.

Katanya, meskipun masalah berkenaan masih terkawal pihaknya memperkenalkan enam langkah proaktif bagi mengtasi masalah itu.

Tegas beliau,semua langkah itu akan dikuatkuasakan serta merta.

Sekiranya gagal mematuhi peraturan itu, kerajaan negeri katanya tidak akan teragak-agak untuk menamatkan permit syarikat perlombongan terbabit.

Pendekatan pro aktif diambil kerajaan negeri berikutan aduan orang ramai berhubung pencemaran termasuk di Perairan Kuantan akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal.

Tinggalkan komen anda