
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Dewan Rakyat dimaklumkan, berdasarkan prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia 2014, setiap syarikat dan pengusaha restoran dan cafe perlu mempamerkan Sijil Halal pada setiap masa di alamat premis perniagaan mereka.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang bertanyakan mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia khusunya bagi restoran dan cafe di KLIA dan KLIA 2.
Menurut Datuk Seri Jamil Khir, permohonan Sijil Halal ke atas pengusaha restoran dan cafe di negara ini adalah secara sukarela, memandangkan industri perniagaan di negara ini masih terbuka kepada islam dan bukan Islam.
Untuk rekod, daripada 62 outlet makanan di KLIA, sebanyak 15 outlet telahpun mempunyai Sijil Halal,manakala di KLIA 2 sebabyak 12 outlet makanan mempunyai Sijil Halal daripda jumlah keseluruhan 66 outlet