Skip to main content
GlobalHomeViral

KLN Mohon Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Bantu Nepal

By 12 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Malaysiaaktif) — Gempa bumi magnitud 7.3 di Nepal pada Selasa 12 Mei 2015 pukul 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia) berlaku dua minggu selepas negara itu dilanda bencana gempa bumi magnitud 7.8 pada 25 April 2015.

Pusat gempa bumi kali ini dipercayai pada 18 km tenggara Kodari, berhampiran kem permulaan Gunung Everest.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan akan terus memantau keadaan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu mengambil langkah dalam mengenal pasti sekiranya ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi tersebut.

Kementerian Luar Negeri juga menyarankan semua warga Malaysia yang berhajat untuk melawat negara tersebut supaya berhubung dengan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.

Ini akan memudahkan pihak Kedutaan dalam menghulurkan bantuan Konsular kepada warga Malaysia yang berkenaan.

Seterusnya, kenyataan itu berkata, atas dasar prihatin dan simpati terhadap mangsa-mangsa gempa bumi di Nepal, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi meringankan beban mangsa-mangsa Gempa Bumi di Nepal.

Sumbangan boleh dibuat dengan menyatakan tujuan, iaitu bagi mangsa-mangsa gempa bumi di Nepal dan disalurkan melalui kaedah-kaedah berikut:

CEK

Cek berpalang di atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:

Ketua Akauntan
Kementerian Luar Negeri
Tingkat 2, Bangunan WP2
No. 1 Jalan Wisma Putra
62602 PUTRAJAYA
Tel : 03- 88874251 @ 03- 88874120
(u.p : TBKLN)

PEMINDAHAN TERUS KE AKAUN BANK TBKLN (ONLINE BANK TRANSFER)

Nama Akaun : Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
No. Akaun : 1054 9000 0599

TUNAI

Sumbangan tunai boleh disalurkan secara terus atau diletakkan di dalam sampul surat (nyatakan TBKLN, nama penuh dan alamat lengkap pengirim di muka hadapan sampul surat berkenaan) ke dalam kotak TBKLN yang terletak bersebelahan dengan Seksyen Konsular di Wisma Putra, Putrajaya dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur.

Tinggalkan komen anda