Skip to main content
Home

Lim Kit Siang silap langkah-Haron Din

By 15 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersilap langkah apabila memberi penjelasan tentang hudud dalam ceramah di Kota Bahru pada Ahad lalu.

Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan.

Bagaimanapun, katanya, ceramah ‘anti hudud’ anjuran Pas Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli Pas yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati.

“Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam.
“Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today pada Khamis.

Haron turut mengingatkan ahli Pas supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangan Pas iaitu memartabatkan syiar Islam.

“Semua ahli Pas perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan Pas terutama yang menentang hudud,” katanya.

Haron juga menyelar Pas Kota Bharu yang tidak sensitif dengan mengundang Kit Siang untuk bercakap berkenaan hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud.

Ditanya adakan tindakan akan dikenakan terhadap Pas Kota Bahru, Haron berkata,
“Kita ada badan yang menguruskan tatatertib iaitu Lajnah Tatatertib. Bergantung kepada mereka melihat sejauh mana perkara ini memudaratkan Pas dan ahli.

“Jika mereka melihat perkara ini (ibarat) mengunting dalam lipatan atau menikam dari belakang, maka mereka sepatutnya menanganinya secara bijaksana,” katanya.

Selain Kit Siang, ceramah di Padang Perdana, Kota Bahru itu turut disertai Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

–FMT

Tinggalkan komen anda