Skip to main content
Home

Najib : Takkan Undur Walaupun Tanpa Majoriti Tinggi Parti

By 17 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Malaysiaaktif)  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berhasrat meletak jawatan walaupun dia tidak mendapat sokongan majoriti yang tinggi daripada parti.

Beliau berkata, tindakannya itu adalah mengikut jejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini juga melakukan perkara sama walaupun pernah ditentang hebat semasa era pemerintahannya.

Beliau menegaskan, jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperoleh melalui proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan ahli UMNO dari seluruh negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Klang pada Sabtu.

Najib berkata, setiap Perdana Menteri Malaysia mempunyai cabarannya tersendiri, dan beliau tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik.

Namun beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusinya Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Tinggalkan komen anda