
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di RTC Gopeng kira kira jam 10 pagi tadi dan disambut ramai penyokong rakyat negeri Perak.
Dalam ucapannya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, beliau mengingatkan rakyat bahawa pemimpin dan parti tidak dapat dipisahkan dan jika pemimpin sering diburuk-burukkan, parti akan menjadi lemah.
“Kalau kita perkuatkan pemimpin, kita akan perkuatkan parti dan bila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya.”
Najib berkata demikian sebagai peringatan bahawa ini bukan masa untuk berbalah, tetapi untuk bersatu dan fokus kepada agenda perubahan negara untuk mencapai status negara maju.”