Skip to main content
HomeViral

Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.1 Juta di Pulau Pinang

By 26 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Azrul Hasan

PULAU PINANG, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Selepas rampasan ganja bernilai 1.6 juta ringgit di Teluk Bahang tiga hari lalu, polis Pulau Pinang membongkar sebuah lagi makmal memproses dadah di George Town.

Pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta dirampas dan tiga orang anggota kongsi gelap ditahan.

Serbuan dilakukan di sebuah banglo di Lorong Padang Tembak, Air Itam pada kira-kira pukul 7.00 malam tadi.

20150526003515 (1)

Banglo yang diserbu polis di Air Hitam, Georgetown.

Dadah yang dirampas terdiri daripada heroin seberat 3.4 kilogram, kafein seberat 10.4 kilogram, dua ribu 738 biji pil ekstasi.

Dua buah kereta serta peralatan memproses dadah turut dirampas.

Ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis morfin sementara seorang daripada mereka memiliki rekod kesalahan lampau bersabit dadah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata suspek adalah anggota kongsi gelap “pheh” yang dikehendaki polis.

Tinggalkan komen anda