Skip to main content
Home

PRK lagi? ADUN Umno Lenggeng Diisytihar Muflis

By 13 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Malaysiaaktif) — ADUN Umno Lenggeng, Datuk Ishak Ismail,64 tahun telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimana pun, beliau berkata perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 18 Mac itu hanya diterima pada 27 April dan peguam beliau akan memohon diketepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi esok.

Perkembangan terbaharu ini berkemungkinan memaksa diadakanĀ  pilihan raya kecil.

Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan juga dilaporkan mengesahkan status Ishak itu pada Rabu.

Menurut Mohamad, kedudukan Ishak sebagai ADUN kekal sehingga rayuan beliau didengar.

Tambah beliau lagi, ” apabila rayuan dibuat dalam jangka masa yang dibenarkan, kita perlu menangguhkan sebarang keputusan sehingga rayuan tersebut didengar dan keputusan baharu dibuat oleh mahkamah.

Hassan memberitahu wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di Wisma Negeri di Seremban pada Selasa.

 

 

Tinggalkan komen anda