Skip to main content
Home

PRK Permatang Pauh, 627 Layak Undi Awal Hari Ini

By 3 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PERMATANG PAUH, 3 Mei — Sebanyak 627 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh yang bermula 8 pagi ini.

Proses pengundian berlangsung di dua saluran iaitu Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang.

Pusat mengundi di Berek Kelamin akan ditutup pada 2 petang manakala di Dewan Gemilang pada 5 petang.

Sebanyak 597 pengundi akan mengundi di Dewan Gemilang manakala 30 orang di Berek Kelamin.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda