BUKIT MERTAJAM 2 Mei (Malaysiaaktif) — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Othman berkata kerajaan Pulau Pinang memerlukan peruntukkan RM22 juta setahun untuk membayar elaun imam, guru kafa, guru tahmid dan pentadbir masjid.
Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada pengurusan sekolah agama, masjid dan surau di Masjid Timah pada Sabtu.