
Namun itulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya.
Pun begitu, bagi Ruqayyah Farhani, seorang ibu muda yang baru kehilangan anak tersayang yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini, dia masih mampu tersenyum untuk bergambar bagi kali terakhir dengan bayinya, Maryam Farihah Abdullah Mubarak.
Menerusi status di laman Facebooknya, Maryam Farihah baru berusia 14 hari dan dilahirkan kembar dengan adiknya, Marsya Farihah.
“Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi ‘syafaat’ buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :’).
“Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
“Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama,” tulis Ruqayyah di laman Facebooknya.
Tidak dimaklumkan pula sebab-sebab kematian Maryam Farihah dan kami menjangka sebab bayi berkenaan meninggal dunia tidak dikongsi kerana ibu muda itu benar-benar yakin bahawa ajal dan maut bagi setiap makhluk ciptaan Allah itu sudah termaktub sejak azali lagi.
Ruqayyah yang berasal dari Pahang, begitu redha dan yakin bahawa pemergian Maryam Farihah mempunyai hikmah yang tersendiri dan menggelar anaknya itu sebagai “bayi syurga”.
Pada ibu muda yang kini menetap di bumi anbiya di Mesir bersama suaminya, Abdullah Mubarak Hasanuddin yang berasal dari Johor, “bayi syurga”nya itu bakal memberikan syafaat padanya dan suami di akhirat kelak.