
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) — Polis menahan pasangan suami isteri yang juga penyewa rumah teres di Kepong, lokasi penemuan mayat reput yang disimen.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek lelaki ditahan kira-kira 6.30 petang semalam di Keningau, manakala isterinya, di Penampang pukul 1 pagi tadi.
Katanya, sebaik tiba di ibu negara, pasangan berkenaan akan memberikan DNA mereka bagi membantu siasatan bagi menentukan identiti mayat yang disahkan kanak-kanak lelaki berusia antara 8 ke 10 tahun itu.
Hasil bedah siasat, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sejak 8 minggu lalu.
Punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan.