
KOTA BAHARU, 2 Jun — Anggota Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud cedera ringan dalam kemalangan di Km 4.5 Jalan Tanah Merah-Pasir Mas semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, ASP Mohd Fadzir Manap berkata dalam kejadian pukul 7.25 malam itu, kereta yang dinaiki Mohd Nassuruddin telah dilanggar sebuah motosikal.
“Kejadian berlaku semasa Mohd Nusuruddin dalam perjalanan dari Pasir Mas menuju Masjid Kampung Belimbing di Tanah Merah untuk program ceramah berkaitan nisfu syaaban.
“Apabila sampai di hadapan Masjid Belimbing, pemandu keretanya telah membelok ke arah kanan menuju masjid sebelum dilanggar sebuah motosikal yang menuju ke Pasir Mas,” katanya.
Mohd Nassuruddin mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah.
— BERNAMA