Skip to main content
HomeViral

“Negative Spin’ – Hishamuddin Nafi Letak Jawatan

By 3 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyifatkan spekulasi mengenai beliau mungkin akan meletakkan jawatan dari Kabinet tidak lama lagi menunjukkan terdapat pihak memutarbelitkan kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak – ‘negative spin’ (putar belit berniat jahat) yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya di akaun Twitternya pada pagi Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengikut akaun Twitternya sekiranya beliau benar-benar mahu meletakkan jawatan.

Sejak Selasa, media sosial menyebarkan khabar angin bahawa Hishammuddin mungkin akan meletakkan jawatannya dalam tempoh 48 jam, berikutan kenyataannya di Twitter yang memberi maklum balas kepada kata dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli Kabinet seperti yang dilaporkan.

Najib dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Hishammuddin menerusi kenyataan maklum balasnya di Twitter berkata, beliau bersetuju dengan ‘kata dua’ itu tetapi menetapkan tiga syarat iaitu perlu adanya rasionalisasi terhadap 1MDB, akauntabiliti dan ketelusan.

–The Star

Tinggalkan komen anda