Skip to main content
HomeViral

AFC Gantung Nazmi Faiz Daripada Enam Perlawanan

By 2 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 2 Jun —  Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman gantung enam perlawanan ke atas pemain Bawah 23 negara Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah kerana meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA di Singapura Sabtu lalu.

Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata tindakan tegas seperti itu pengajaran kepada atlet lain supaya lebih berdisiplin ketika mewakili negara di pertandingan antarabangsa.

Tindakan Nazmi meludah Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan itu, skuad negara Bawah 23 Tahun, bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sekadar menang tipis 1-0.

Tinggalkan komen anda