Skip to main content
HomeViral

Banjir Kilat Melanda Beberapa Kawasan di Nibong Tebal

By 2 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mahyudin Abd. Rani

NIBONG TEBAL, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Beberapa kawasan di Nibong Tebal dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat daripada kira-kira pukul 4.30 pagi hingga 7.30 pagi tadi.

Sehingga petang banjir di beberapa buah kawasan masih belum surut, termasuk di Taman Verappan dan Kampung Sanglang.

Terdahulu, air turut naik di Taman Idaman Permai, Taman Sri Pancur, Taman Penting, Taman Sanglang, sekitar Jalan Bukit Pancur, Balai Polis Cawangan Simpanan Kenderaan dan Jabatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan.

20150602025320

Menjelang pukul 2.00 tengah hari tadi air mula surut di Taman Permai Indah, Taman Sri Pancur, Taman Penting dan Taman Sanglang.

Dianggarkan kira-kira 25 buah rumah dimasuki air dengan ketinggian lebih kurang 0.5 meter.

20150602025321 (1)

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Seberang Perai Selatan memaklumkan bahawa banjir kilat itu berpunca daripada air pasang.

Memandangkan keadaan, pihak JPS memaklumkan mereka telah membuka beberapa kunci air yang membantu meredakan banjir secara berperingkat hingga lewat petang.

20150602025321

 

Tinggalkan komen anda