Skip to main content
HomeViral

Anak Penjaga Gol Skuad Hoki Kebangsaan Meninggal Dunia

By 18 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Pradeep Kumar

KUALA LUMPUR,  18 Jun  Malaysiaaktif)- Anak penjaga gol skuad hoki kebangsaan, S.Kumar, Vasham, 3 tahun meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan kuman di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kumar sudah dimaklumkan perkara tersebut dan kini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Malaysia. Beliau dijangka tiba pada pukul 6.00 pagi esok.

Beliau bersama-sama rakan sepasukan sedang menghadapi saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium.

Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) K. Logan Raj mengucapkan takziah kepada Kumar serta ahli keluarga beliau dalam menempuh waktu sukar ini.

Upacara pengebumian akan berlangsung pada pukul 2.00 petang esok di Jalan Kuari, Cheras.

 

 

Tinggalkan komen anda