Skip to main content
GlobalHomeViral

MARA Serah Dokumen Pembelian Tanah Australia Kepada SPRM

By 26 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohamad Faris Mohamad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Malaysiaaktif) — MARA hari ini menyerahkan dokumen berkaitan pembelian tanah oleh MARA Inc di Australia kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Dokumen- dokumen yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa bagi memastikan siasatan kes ini diberikan keutamaan.

Annuar tiba di pejabat SPRM tengahari tadi dan menyerahkan dokumen tersebut kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah.

Beliau juga memberi jaminan MARA akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Annuar memberitahu MARA juga akan melantik auditor antarabangsa bagi memperkemaskan laporan audit syarikat terbabit dalam pembelian berkenaan.

Tinggalkan komen anda