
SEPANG 30 Jun – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama āSpecial Tactical Intelligence Narcotics Groupā (STING) telah berjaya merampas 2.8kg dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai RM672 ribu.
Suspek seorang ahli sindiket pengedaran dadah warganegara Republik Venezuela dicekup di kawasan tuntutan bagasi balai ketibaan Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, pada Jumaat lepas.
Dalam serbuan berasingan, seorang ahli sindiket pengedaran dadah warga tempatan diberkas di sekitar Mutiara Kompleks, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Rampasan sebanyak 120.65kg dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM24.13 juta. Pihak PDRM turut menyita sebuah kereta proton wira dipercayai digunakan dalam pengoperasian sindiket ini.
Pengarah JSJN, Datoā Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff berkata, kedua-dua kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat dalam perkongsian maklumat risikan antara jabatan kami bersama Police Narcotics Suppression Bureau (PNSB) Thailand dan Central Narcotics Bureau (CNB) Singapore.
Kedua-dua tangkapan ini direman di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan mampu mencecah RM 30 juta.