Skip to main content
HomeViral

Mangsa Di Pusat Pemindahan Di Ranau Berkurangan

By 19 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 19 Jun — Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di Ranau berkurangan pagi ini dengan hanya 455 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 755 orang, malam tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Mini Kundasang (218 orang daripada 55 keluarga), pusat pemindahan sementara Marakau (144 mangsa daripada 30 keluarga) dan Dewan Masyarakat Ranau (93 orang daripada 33 keluarga).

“Mangsa ada yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak malam tadi, dan sebahagian lagi masih berada di pusat pemindahan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda