Skip to main content
Home

KKMM Bertindak Bina Masyarakat Bermaklumat Cara Berkesan

By 17 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Hj Ramli Yusof

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Malaysiaaktif) — Peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam era gerakan transformasi negara bukan hanya menyampai maklumat kerajaan tetapi yang lebih penting ialah mengubah persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan persekutuan hari ini.

Dengan membina dan membentuk persepsi yang positif terhadap kerajaan yang memerintah akan dapat menentukan Program Transformasi Kerajaan yang terkandung dalam RMK 11  berjaya menjelang tahun 2020.

Demikian Ketua Setiausaha KKMM,Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, menegaskan dalam sessi Taklimat Khas “Transformasi Sektor Awam Dan Peranan KKMM Dalam Era Transformasi,” di hadapan lebih 800 orang warga KKMM di Oditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kata beliau, KKMM perlu bertindak menghubungi rakyat dan membina masyarakat bermaklumat secara berkesan.
Selanjutnya ke arah menjayakan transformasi kerajaan dan RMK 11, beliau menyeru supaya semua warga KKMM mengilap bakat masing-masing dengan ilmu inovasi dan kreativiti semasa bertugas. Organisasi yang mantap dan kerja bersepadu satu pasukkan KKMM  tambah beliau memerlukan kepimpinan yang transformasi ke arah membentuk nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam sektor awam iaitu integriti dan petrotisme. 

Tinggalkan komen anda