Skip to main content
HomeViral

PAS Kekal dalam PR, Walau Diserang “Siang Malam” – Hadi

By 4 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Munzir Madhadzir

 KUALA SELANGOR, 4 Jun (Malaysiaaktif) — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan kekal melaksanakan Tahaluf Siyaasi (Kerjasama politik) bersama Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, “PAS melaksanakan Tahaluf Siyaasi bersama PR dalam perkara-perkara dipersetujui bersama, seperti menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain- lain yang menjadi titik pertemuan.

Kata beliau lagi, “Agenda ini sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam Polisi Bersama PR,” tegas Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan Pas ke 61, di sini.

Hadi turut menegaskan PKR dan DAP perlu menghormati Pas, seperti mana Pas menghormati rakan-rakan di dalam PR tanpa menyoalkan dasar parti, apatah lagi mencampuri urusan dalaman.

“Sebab itu, walaupun kita tahu parti memperjuangkan perlembagaan sekular, yang tentunya bercanggah dengan dasar PAS, tetapi PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular ini dalam perbincangan,” katanya.

Pada masa yang sama Hadi mengingatkan kepimpinan dan ahli Pas agar memelihara ketaatan dan tidak terlalu ghairah sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan parti.

Tinggalkan komen anda