
KUALA LUMPUR, 30 Jun – Tengku Mahkota Johor dihadiahkan sebuah pesawat peribadi oleh ayahandanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menghadiahkan pesawat tersebut kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sempena hari keputeraannya yang ke-31 pada Selasa.
Gambar Tunku Ismail menerima pesawat tersebut dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tigers.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata baginda akan menderma lembu ke semua daerah untuk berbuka puasa, selain sumbangan kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di Johor.