Skip to main content
HomeRencana & PendapatViral

Eow Jin,Pencipta Lagu ‘Gerimis Di Lautan’ Sudirman Bersara

By 30 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pemuzik veteran, Ooi Eow Jin mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang muzik dan persembahannya di Colonial Cafe, Hotel Majestic pada malam Isnin lalu.

Ooi mungkin sudah dilupakan oleh penggemar muzik tempatan namun dia yang berusia 77 tahun itu adalah konduktor muzik, komposer, penerbit album terkenal pada zaman kegemilangannya.

 

eow1

 

Biarpun namanya tidak segah dahulu, namun Ooi tidak pernah melupakan bidang muzik malah persembahannya di Hotel Majestic masih memukau dan digemari oleh tetamu.

Bukan sahaja mahir dalam mengalunkan lagu jazz, Ooi juga terkenal dengan muzik bossa nova, Melayu dan hit terkini.

“Bakat menulis dan menggubah lagu sentiasa ada dalam dirinya sejak kecil lagi dan muziknya menceritakan siapa dia yang sebenarnya.

“Beliau sering menjadi inspirasi kepada ramai artis baharu yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang ini, ” kata Paul Augustin, penulis bersama buku bertajuk Just for the Love of It: Popular Music in Penang, 1930s-1960s.

 

131206_POSKOD_MajesticUncOoi_088

 

Bermula di kelab sehingga ke E & O Hotel di Pulau Pinang, Ooi pernah memenangi pertandingan penulisan lagu yang dianjurkan oleh Radio Malaya iaitu Rusohan Kalbu pada 1962.

“Saya adalah satu-satunya bangsa Cina yang menyerahkan lagu Melayu dalam pertandingan berkenaan dan bergelar juara,” kata Ooi dalam buku berkenaan.

Ooi pernah berkongsi pentas dengan Tan Sri P.Ramlee, isterinya, Puan Sri Saloma, Tan Sri SM Salim, Kamariah Noor dan banyak lagi.

Pernah bersama dengan orkestra Radio Malaya , Ooi juga pernah bekerjasama dengan Datuk Sudirman Arshad menerusi lagu medley Cabaret dan Big Spender untuk penyanyi itu ketika bertanding pada peringkat akhir Bintag RTM 1976.

Antara lagu ciptaan Ooi yang popular adalah Lagu Untuk Mu nyanyian Dahlan Zainuddin dan Gerimis di Lautan (Sudirman).

Ooi juga pernah mencipta sejarah apabila bergelar pensyarah muzik yang pertama di Malaysia untuk mengajar bidang berkenaan di peringkat ijazah dan bakal dianugerahkan pada Anugerah Seni Negara menerusi kepakarannya dalam bidang susunan lagu.

Beliau juga pernah berkhidmat di TV3 sebagai penyelia muzik.

— The Star

Tinggalkan komen anda