Skip to main content
HomeViral

Tiga Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Lima Kenderaan

By 20 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA PILAH, 20 Jun (Malaysiaaktif) — Tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut, sementara lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Bukit Putus – Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.40 malam apabila kereta yang dinaiki oleh L.Muthu, 63 tahun dan isterinya S.Duggamah, 58 tahun dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Serdang, hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan termasuk kereta yang dipandu seorang anggota tentera, Mohd Hafiz Shamsudin.

Mohd Hafiz meninggal dunia di tempat kejadian, sementara Muthu dan Duggamah disahkan mati di hospital.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Seremban dipanggil bagi membantu mangsa yang tersepit.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun mengesahkan kejadian ini.

Kesemua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Tinggalkan komen anda