Skip to main content
HomeViral

Gani Patail Tiada Komen, Sekadar ‘Okay, Bye’

By 28 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA, 28 Julai — Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan tentang penamatan tugasnya sebagai Peguam Negara.

“Saya tidak akan bercakap (komen), okay. Bye,” katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa sebelum memutuskan talian telefon.

Pada Selasa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tugas Gani Patail sebagai Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa Selasa atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan beliau berkuat kuasa serta merta.

Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Tinggalkan komen anda