Skip to main content
HomeViral

IGP: Tiada Penipuan Berlaku Dalam Kes Lowyat

By 13 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Munzir Madhadzir

BUKIT BINTANG, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis ke atas kes Low Yat pihak mendapati tidak ada sebarang penipuan oleh pihak peniaga.

Khalid dalam lawatannya di Plaza Low Yat petang ini berkata polis mendapati setelah suspek mencuri telefon bimbit daripada peniaga di Tingkat 1 pusat membelilah itu, dia telah ditangkap oleh kakitangan Oppo di Tingkat Bawah ketika cuba melarikan diri.

Dua orang suspek itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. Mereka ditahan, sementara seorang dibebaskan oleh anggota polis tersebut tanpa berunding dahulu dengan pegawai atasan.

Suspek yang dibebaskan itu kembali ke Plaza Low Yat dan menyerang kakitangan Oppo yang menangkapnya. Suspek telah mereka cerita kononnya telefon bimbit yang dibeli adalah palsu.

Kesemua 14 suspek, termasuk pencuri, perusuh dan individu yang terlibat memulakan pergaduhan ditahan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut.

Khalid juga menegaskan polis akan menangkap blogger dan individu yang menyebarkan berita tidak benar tentang kejadian tersebut. Antara yang akan ditangkap, termasuk blogger Papagomo.

Khalid sekali lagi menyatakan kes ini tiada kaitan dengan isu perkauman dan berharap rakyat Malaysia tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang dan memeriksa dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

 

Tinggalkan komen anda