Skip to main content
EkonomiHomeViral

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

By 12 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

Laporan yang tidak tepat oleh The Star

“1MDB bimbang terhadap beberapa artikel berkenaan 1MDB yang diterbitkan oleh akhbar The Star hari ini. Secara khususnya, The Star telah membuat beberapa kenyataan berdasarkan pendapat seorang ‘penyiasat’ yang tidak didedahkan namanya, dengan merujuk kepada transaksi yang dilakukan oleh 1MDB.

1MDB bimbang akan akhbar yang dikawal selia dan berlesen seperti The Star berkongsi pendapat yang tidak berasas dalam laporannya. Lagipun, umum telah mengetahui bahawa beberapa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB dan tiada sebarang keputusan atau kesimpulan dibuat lagi.

Contohnya, The Star menyatakan bahawa “walaupun aset yang dipegang untuk dijual tidak mudah untuk dicairkan”. Ianya jelas satu kesalahan mengikut penyata kewangan 1MDB pada 30.3.2014 yang lalu, seperti yang di audit tanpa penilaian oleh Deloitte menyatakan bagaimana USD1.22 billion (lebih kurang 4.6 billion) aset-aset ini telah dicairkan dan wang tersebut dibenarkan untuk digunakan.

The Star menyatakan lagi bahawa “tiada dokumen berkenaan aset sedia ada dan nilai PetroSaudi Holdings (Cayman)”. Ianya secara terang tidak benar. Terdapat laporan penilaian disediakan apabila pelaburan dibuat dan 1MDB juga menghantar laporan yang sama kepada pihak berkuasa untuk rujukan mereka.

Kecuaian yang dilaporkan oleh The Star, akhbar yang dikawal selia dan berlesen adalah mengecewakan. Tambahan pula, berkenaan dengan laporan awal terhadap 1MDB yang dibentangkan pada 9 Julai kepada Public Accounts Committee (PAC) oleh Jabatan Audit Antarabangsa, Pengerusi PAC telah menyatakan bahawa “tiada sebarang keraguan terhadap laporan awal tersebut”. Maka, jelaslah bahawa dakwaan oleh pelbagai pihak berkenaan “RM42 billion” atau “RM16 billion” yang hilang, adalah tidak benar.

Beberapa pihak berkuasa yang sah sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB. 1MDB memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang penyiasatan. Kami percaya bahawa langkah yang sesuai akan diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan integriti dalam penyiasatan.”

– 1MDB

Tinggalkan komen anda