Skip to main content
EkonomiHomeViral

Kerajaan Negeri Selangor Lancar Perkhidmatan Bus Percuma  

By 3 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

SHAH ALAM, 3 Jun (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bermula 1 Julai 2015 hingga 1 Julai 2016.

Perkhidmatan pengangkutan ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.

“Kita harapkan kemudahan bas komuniti ini bukan sahaja percuma tapi dari segi kekerapan akan  dapat menarik minat penduduk setempat” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim pada sidang media sebentar tadi.

 

20150702193145 (2)

 

Selain membantu meringankan beban golongan orang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar

“Buat masa ini kita akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan dalam bandar, khususnya pusat bandar seperti di Subang Jaya,” katanya.

Program Bas Selangor menyediakan empat buah bas setiap hari bermula di Hentian Bas Utama (berhadapan Bangunan MPSJ di Persiaran Bakti, USJ 5) dan melalui 19 perhentian sekitar Subang Jaya, USJ dan Sunway.

Waktu operasi perkhidmatan bas ini bermula seawal pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kekerapan perjalanan setiap 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Perkhidmatan Bas Selangorku  dirasmikan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim bersama Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan di Persiaran USJ 7, Subang Jaya, Selangor.

 

 

Tinggalkan komen anda