
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Malaysiaaktif) — Polis menolak sebarang kemungkinan pengasas Ambank, Hussein Ahmad Najadi dibunuh kerana beliau ingin mendedahkan rahsia berhubung pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
“Tindakan sebuah blog yang menyebarkan mengenai berita terbabit adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Beliau juga mengesahkan tidak ada laporan polis dibuat oleh pengasas Ambank itu pada hari sebelum dia dibunuh mengenai kemasukan sejumlah wang ke Bank Negara
“Tidak ada kaitan pembunuhan Hussein Najadi ddengan siasatan 1MDB. Tidak ada sama sekali,” katanya.
Pihak polis telah menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu dan telah pun menjatuhkan hukuman kepada pesalah tahun lalu
“Pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar khabar angin mengenai kes pembunuhan itu juga akan diambil tindakan sewajarnya” tegasnya lagi dalam sidang media pagi tadi.