Skip to main content
HomeViral

Negara Hadapi Musim Panas, Kemarau Mei Hingga September

By 9 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Malaysiaaktif) — Negara sedang menghadapi musim kering bermula pertengahan Mei hingga hujung September 2015.

Dalam masa lima bulan itu, cuaca panas dan kering hingga boleh menyebabkan penurunan paras air di beberapa empangan dan sungai.

Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memantau 21 empangan utama di seluruh Malaysia.

“JPS telah memantau empangan-empangan di Malaysia yang digunakan untuk bekalan air domestik, industri dan tanaman padi” kata Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Datuk Ir Hj Hanapi Mohamad Noor

“Daripada pemantauan yg dibuat oleh JPS, pada masa ini, kita dapati empanga Labong di Mersing, Johor menunjukkan paras kritikal kerana ia banyak digunakan untuk tujuan pengairan.”

Sementara itu, JPS Selangor bersama Kumpulan Semesta Sendirian Berhad mengambil langkah penting dengan menyediakan 22 buah pam di beberapa buah kolam air bagi meningkatkan aras air di sungai-sungai di negeri itu.

“JPS akan terus memantau bukan sahaja paras air dalam empangan tapi aras dan aliran air sungai kerana air sungai digunakan bagi kegunaan loji-loji rawatan air” katanya lagi

JPS telah mewujudkan laman web infokemarau bagi memaparkan status sumber air dan laporan potensi kemarau

Tinggalkan komen anda