Skip to main content
EkonomiHomeViral

PAC: 1MDB Tidak Beri Kerjasama Penuh Kepada Ketua Audit Negara

By 9 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Munzir Madhadzir

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyerahkan laporan awal audit Jabatan Audit Negara berhubung 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi.

PAC berpendapat Ketua Audit Negara telah melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menyiapkan laporan awal tersebut.

Bagaimanapun, menurut Nur Jazlan, Ambrin juga menyatakan 1MDB tidak memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara.

“Jabatan Audit negara masih lagi tidak mendapatkan kerjasama yang baik daripada 1MDB dalam memberikan dokumentasi untuk menjalankan audit mereka”, katanya.

Antara dokumen lengkap yang diminta dan belum diserahkan kepada Jabatan Audit Negara termasuk penyata bank dan dokumen perjanjian.

“Kita minta pengurusan 1MDB memberikan kerjasama dengan Audit Negara untuk memberikan segala maklumat dan dokumentasi yang diperlukan supaya boleh memuktamadkan laporan mereka,” kata Nur Jazlan lagi.

Laporan awal yang dibentangkan hari ini meliputi laporan penyata kewangan dan pelaburan di luar negeri 1MDB, kronologi penubuhan 1MDB, struktur organisasi 1MDB dan analisis penyata kewangan 1MDB daripada 27 Februari 2009 sehingga 30 Mac 2014.

Antara kandungan analisis penyata kewangan tersebut merangkumi jumlah jaminan dan pinjaman kerajaan, analisis aset kumpulan, aspek pembiayaan dan penggunaan dana dan kajian terhadap penyata kewangan syarikat dari  2010 hingga 2014.

Proses pengauditan yang berjalan daripada 10 Mac 2015 hingga 15 Jun 2015 itu juga merangkumi anak-anak syarikat 1MDB.

Bagaimanapun, laporan awal tersebut belum dapat diakses oleh awam.

Jabatan Audit Negara dijangka akan menyiapkan laporan penuh pada hujung tahun ini.

Tinggalkan komen anda