
MELAKA, 8 Julai (Malaysiaaktif) — Di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan kegawatan politik, rakyat Malaysia masih boleh berbangga dengan keharmonian hidup yang kita kecapi
Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum telah meletakkan Malaysia sebagai contoh tentang pentingnya semangat perpaduan kaum
Ini adalah hasil pemerhatian orang luar mengenai bagaimana masyarakat Malaysia pelbagai bangsa hidup bersama sebagai sebuah masyarakat yang bersatu-padu walaupun berlainan agama dan bangsa
Dua orang pelancong dari Palestin dan England meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa di Masjid Kampung Hulu di Melaka.