Skip to main content
HomeViral

Pengarah Syarikat Hartanah Ditahan Direman 4 hari

By 21 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 21 Julai — Pengarah syarikat pembangunan hartanah yang ditahan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dana 1MDB direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki berusia 39 tahun yang juga seorang kontraktor itu ditahan pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah pagi Selasa.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya ditahan reman selama empat hari berkaitan isu berkepentingan nasional.

“Mereka memohon untuk direman tujuh hari tetapi majistret membenarkan empat hari sahaja,” katanya.

Difahamkan, penahanan itu bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Tinggalkan komen anda