Skip to main content
HomeViral

Risiko Guna Wifi Awam Bagi Aktiviti Perbankan Online

By 22 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Orang ramai disarankan tidak menggunakan kemudahan WiFi di tempat awam bagi membuat sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nurhalili Nadia Mustapha Kamal berkata, penggunaan WiFi percuma di tempat awam memudahkan akaun bank pengguna digodam.

“Lebih selamat guna talian sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita sahaja yang digunakan kemudahan itu.

“Tidak digalakkan guna WiFi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita,” katanya.

Dalam pada itu pengguna laman sosial dinasihati supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang maklumat dan gambar.

Setiap ‘post’ yang diletak akan dapat dilihat pengguna laman sosial yang lain.

“Ramai di antara kita menggunakan Internet sebagai platform untuk berkongsi maklumat peribadi yang tidak sepatutnya”

“Pengguna dilihat menukar status Facebook setiap masa, mengawal pergerakan anak-anak di Instagram” katanya lagi

Susulan tindakan tersebut, ia boleh mengundang pelbagai masalah seperti menjadi mangsa jenayah siber.

.

Tinggalkan komen anda