Skip to main content
EkonomiViral

Segala Persoalan Muhyiddin Akan Terjawab Jumaat Ini?

By 27 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Malaysiaaktif) — Susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerajaan mengambil langkah segera menyelesaikan permasalahan negara, terutama isu skandal 1MDB.

Segala persoalan mengenai isu tersebut bakal terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO bertemu kepimpinan UMNO peringkat bahagian dalam satu perjumpaan tertutup Jumaat ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim berkata Najib akan bertemu ketua bahagian, timbalan ketua, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.

Beliau berkata, “Matlamat saya menunggu hingga 31 Julai ini kerana dalam mesyuarat Majilis Tertinggi kita akan berbincang hati ke hati, yang mana akhirnya, walaupun ada perbezaan pendapat, tetapi paling penting impak dan keputusan  itu akan terjemahkan pada perbincangan.”

Sejurus selepas perjumpaan tertutup tersebut satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO juga akan diadakan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri LKIM di Puchong pada Isnin.

Beliau berkata semua pihak diminta menunggu sehingga waktu tersebut yang dilihat sebagai platform terbaik untuk berbincang secara objektif bagi memastikan UMNO kekal relevan di kalangan rakyat.

Irmohizam berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang dibuat semasa majlis penutup mesyuarat tahunan UMNO Cheras malam tadi.

Menurut beliau, fokus utama mesyuarat itu juga untuk memastikan Barisan Nasional dan UMNO tetap menjadi parti pilihan rakyat dan juga menang dalam PRU 14.

“Kita akan fokus setiap kali mesyuarat MT untuk memastikan kita bersiap sedia gerak kerja parti dan macam mana kita menangani segala bentuk kemungkinan terutama sekali dalam mengahadapi PRU 14,” katanya.

 

 

Tinggalkan komen anda