Skip to main content
HomeViral

22 Warga Pakistan Ditahan, 35kg Heroin Dirampas

By 27 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2015 (MalaysiaAktif) –  Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman berjaya menahan 22 warga Pakistan di Desa Melawati dan  merampas 34 kilogram dadah jenis Heroin.

Suspek menggunakan taktik menyorokkan dadah di dalam bongkah jerami tetapi telah dikesan pasukan STING semasa melakukan serbuan di lokasi berkenaan.

Sebanyak 33 bungkusan heroin yang disembunyikan di dalam 13 bongkah jerami ditemui dalam satu daripada tiga kontena yang diperiksa.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mokhtar Hj. Mohd Shariff berkata pihaknya melakukan serbuan di dua buah stor buah stor penyimpanan dadah dan tiga buah kontena.

“Seramai 22 lelaki warganegara Pakistan yang berumur 20 hingga 45 tahun dipercayai menjadi dalang dalam sindiket tersebut turut ditahan.

“Bungkusan-bungkusan seberat 35 kilogram itu dianggarkan bernilai RM2.85 juta,” katanya lagi.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 20 sehingga 45 tahun itu kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tinggalkan komen anda