Skip to main content
HomeViral

Walaupun Disekat SKMM, Portal Sarawak Report Mudah Dibolosi

By 20 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR,  20 Julai (Malaysiaaktif) – Memang wajar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat portal Sarawak Report yang didakwa menyebarkan dakyah jahat mengenai negara ini.

Bagaimana pun, akses kepada portal tersebut masih mudah dibolosi menggunakan pelbagai kaedah ringkas.

Malaysiaaktif sebentar tadi mencuba beberapa cara dan mendapati ia begitu mudah diakses.

 

blocked

 

Bagi penyokong tegar yang sentiasa berpaut kepada kepalsuan dibawa oleh portal tersebut, sekatan nampaknya tidak menghalang mereka menggunakan kaedah ‘copy & paste’ kandungan laman tersebut dan seterusnya dipostkan di laman-laman media lain, termasuk Whatsapp.

SKMM perlu mencari jalan untuk turut menyekat laman-laman proksi yang boleh digunakan bagi mengakses portal Sarawak Report.

Malam tadi, SKMM dalam satu kenyataan berkata ia memutuskan untuk menyekat laman sesawang The Sarawak Report kerana didapati boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Katanya tindakan itu dibuat susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai bahawa laman itu telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan masih dalam siasatan.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata meskipun Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan bersuara, namun ia tidak menghalalkan fitnah, hasutan, membohongi fakta dan menderhaka kepada negara.

“Kebebasan masih tertakluk kepada undang-undang. Saya menggesa tindakan menguatkuasakan undang-undang terhadap pengamal media sosial yang melanggarnya disegerakan tanpa mengira kedudukan mereka,” katanya.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat yang mendakwa portal The Sarawak Report memalsukan fakta berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Susulan itu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat laporan berkenaan.

Pada 22 Jun lepas, polis Thailand dilaporkan menahan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, kerana cuba memeras ugut syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1MDB.

Justo dilapor menjual maklumat sulit milik syarikat itu kepada beberapa individu, yang membawa kepada penyiaran beberapa e-mel dan dokumen oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

 

— Malaysiaaktif

Tinggalkan komen anda