
Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham
KERIAN, 11 Ogos 2015 (MalaysiaAktif – Polis Perak menemui sebuah bengkel menyimpan senjata api dalam satu serbuan yang dijalankan pada hari ini.
Dalam operasi tersebut lima suspek ditahan bersama lima laras senjata api dan 12 butir peluru.
Sementara itu, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman memberkas 21 individu warga tempatan, Mesir, Bangladesh dan Myanmar di Taiping, Perak.
Turut dirampas 13 buah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dicuri.
Kedua-dua kejayaan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter dan FB rasmi beliau sebentar tadi.