Skip to main content
EkonomiHomeViral

Tiada Sistem Bunyi, Bersih 4 Kuching Hentikan Perhimpunan

By 30 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Malaysiaaktif) — Pengerusi BERSIH 4.0 Kuching, Nicholas Mujah telah mengesahkan bahawa perhimpunan Bersih di negeri itu terpaksa dihentikan serta merta semalam kerana ketiadaan sistem bunyi.

Nicholas melahirkan rasa kecewa apabila alatan bunyi yang disewa telah diambil semula tanpa sebarang pemberitahuan.

Susulan masalah itu, ia sedikit sebanyak telah mengganggu perjalanan demonstrasi itu.

“Kami menyewa sistem bunyi yang selalunya digunakan untuk karaoke tetapi ia tidak mampu menampunh keluasan Padang Song Kheng Hai” katanya kepada Astro Awani semalam.

Dalam pada itu, Nicholas berkata kehadiran peserta hari ini bertujuan untuk membantu membersihkan tapak perhimpunan itu.

Tinggalkan komen anda