Skip to main content
EkonomiHomeViral

Idris: Malaysia Negara Cemerlang Pendidikan Menjelang 2025

By 13 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 197 atlet yang merupakan pelajar pendidikan tinggi di Malaysia telah melibatkan diri dalam Sukan SEA di Singapura Jun baru-baru ini. Lebih manis apabila, 34 emas dibawa pulang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh  yang merasmikan Minggu Pendidikan Tinggi (HEWM 2015) di Putrajaya pada pagi tadi berkata

seiring tema “Gateway to Success” (Gerbang Kejayaan), graduan hari ini perlu bersifat holistik, seimbang dan mempunyai kemahiran keusahawanan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.”

Beliau yang turut melaungkan slogan “We are Soaring Upwards” (Peningkatan Berterusan) berasa optimis sistem pendidikan tinggi di Malaysia hari ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan tenaga kerja global.

 

IMG_0250

 

Menurut beliau lagi, menjelang 2025, Malaysia pasti menjadi antara satu per tiga negara yang cemerlang dalam bidang pendidikan di dunia.

Selain sukan kayak, larian, ragbi, basikal dan pendakian tembok tiruan, empat lagi program utama turut mewarnai HEWM 2015. Antaranya, Karnival Pendidikan Tinggi, Seminar dan Kebudayaan, Inovasi, dan Pameran University Community Transformational Centre (UCTC).

Proton menyumbangkan 12 buah kereta Proton pelbagai model kepada pihak politeknik untuk tujuan Pameran dan Pertandingan Inovasi Proton-Politeknik (PIPPo).

HEWM 2015 bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5 Putrajaya.

 

IMG_0255

 

Tinggalkan komen anda