Skip to main content
HomeViral

Jangan Ganggu Hak Kawan, Rosak Harta Benda Kerajaan

By 21 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kita semua kawan, hak kawan diganggu jangan, harta benda kerajaan dirosakkan jangan,” demikian kata-kata Zakaria Abdullah Pengerusi Gabungan Kesatuan Sekerja Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau yang ditemui di sidang media Gabungan Kesatuan Sekerja DBKL pagi ini menganggap Perhimpunan Bersih 4.0 pasti akan mengganggu orang ramai yang antara lain  ingin mengelakkan daripada dikenakan penalti jika pembayaran cukai pintu gagal dibuat sebelum hujung bulan ini.

DBKL telah pun mengenakan Cukai Taksiran bagi penggal dua 2015 kepada pemilik harta di Kuala Lumpur yang melibatkan 549,200, 7607 daripadanya merupakan harta baharu.

Tarikh akhir bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua 2015 adalah pada 31 Ogos 2015.

Perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos di Dataran Merdeka bukan sahaja akan menyukarkan orang ramai yang ingin membayar cukai pintu di Menara DBKL, malah pasti menyebabkan jalan sesak, masalah parkir  dan seterusnya mengganggu kelancaran perjalanan latihan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Zakaria, pernah dalam perhimpunan Bersih sebelum ini, habis cermin DBKL pecah di samping pokok-pokok renek habis musnah.

Beliau turut menyeru agar pegawai dan kakitangan DBKL tidak turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Tinggalkan komen anda