Skip to main content
HomeViral

Kibar Jalur Gemilang Sempena “Start In Tioman” 

By 25 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

PULAU TIOMAN, 25  Ogos (Malaysiaaktif) – Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena program “Start In Tioman”  diadakan bagi menyemai semangat kemerdekaan, terutama dalam kalangan generasi muda agar mereka menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara.

Selaras dengan tema “Sehati Sejiwa”, kempen seperti ini dilihat dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini

Ia memberi pengertian lebih makna kepada rakyat dalam membina semangat bersatu dalam menghadapi segala rintangan yang datang

Selain usaha menerapkan erti kemerdekaan dalam kalangan rakyat tempatan, masyarakat luar turut dididik untuk lebih mengenali sejarah negara ini.

Setiap jeti dan resort di Pulau itu mengambil inisiatif menghiasi kawasannya bagi menarik perhatian pelancong luar negara

Sambutan kemerdekaan di negara kita merupakan salah satu produk pelancongan yang sentiasa berjaya mengajak masyarakat luar untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan bulan bersejarah ini.

Program ini juga mempromosikan Pulau Tioman sebagai destinasi yang mesti dilawati sempena Bulan Kemerdekaan.

Dalam pada itu, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Pahang untuk menyuntik elemen cinta negara dalam menuju status sebagai negara maju.

Program tersebut telah diadakan pada 20-23 Ogos lepas di Kampung Genting, Pulau Tioman, Pahang.

 

Tinggalkan komen anda