Skip to main content
HomeViral

‘iSelamat.my: Saya Selamat,” Halimah Sadique

By 25 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengguna media sosial sentiasa terdedah kepada pelbagai kepalsuan yang disiarkan melalui Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kebanyakan kandungan yang disiarkan atau dikongsi adalah berbentuk pembohongan hasil tokok tambah dalam rangkaian pengguna itu sendiri hingga memberikan persepsi negatif terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Menyedari hakikat tersebut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan bergabung dalam satu inisiatif perintis pembangunan laman web iSelamat.my sebagai platform utama untuk maklumat jenayah yang tepat.

Laman ini memaparkan laporan jenayah disahkan oleh PDRM dalam bentuk peta yang mesra pengguna.

Tips pencegahan jenayah, nombor telefon Balai Polis dan personel PDRM turut disediakan bagi memudahkan perhubungan antara orang awam dengan polis.

iSelamat.my meliputi sebanyak 14 kawasan pihak berkuasa tempatan di empat buah negeri.

Majlis Pelancaran Laman Web iSelamat.my dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique, di Bangsar pagi tadi.

iSelamat.my merupakan sebahagian modul dalam Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) di bawah Program Bandar Selamat; NKRQ Mengurangkan Jenayah.

Laman ini boleh diakses melalui www.iSelamat.my.

Tinggalkan komen anda