
Oleh Sahiman Rahman
KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih tiga ribu orang mengambil bahagian dalam Larian #SehatiSejiwa di sini pagi tadi.
Acara sempena Hari Kebangsaan 2015 itu antara program bagi menyemarakkan detik-detik menjelang majlis pelancaran Bulan Kebangsaan pada 10 Ogos ini.
Seramai 500 peserta terawal larian sejauh lima kilometer itu menerima pingat dan sijil.
Larian dilepaskan pada pukul 10 pagi oleh Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Tan Sri William Mawan Ikom di Padang Merdeka.
Turut diadakan, acara zumba, persembahan pentarama, cabutan bertuah dan jamuan makanan Sarawak.