
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) — Ribut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan utara semananjung petang tadi.
Antara lokasi yang terkesan, termasuk Bandaraya Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar, Kuala Nerang dan beberapa bahagian Lebuhraya Utara Selatan. Turut terjejas, lokasi Hari Peladang di Alor Setar di mana beberapa khemah terbalik.
Pasukan Bomba dan Penyelamat digerakkan bagi membantu kawasan-kawasan yang amat memermulkan bantuan kecemasan.
Terdahulu, pagi tadi amaran ribut petir, angin kencang dan petir dikeluarkan bagi sekitar Sena,Kota Setar,Yan,Pendang,Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, termasuk Pulau Pinang.
Di Baling, ribut menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung reban mengalami kerosakan.