Skip to main content
EkonomiHomeViral

Mahkamah Tolak Pemohonan The Edge Tangguh Penggantungan

By 14 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) —Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menangguhkan pelaksanaan perintah penggantungan dua penerbitannya selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke yang mewakili KDN berpendapat hakim menolak pemohonan tersebut kerana penerbitan berita itu telah banyak memberi persepsi negatif kepada masyarakat.

“Semakan itu boleh membawa kepada pemberian ganti rugi , penerbitan itu tidak mewajarkan tuntutan bahawa larangan itu akan mengakibatkan kemudaratan.”

“Mereka tidak menunjukkan sebarang keadaan khas untuk penangguhan itu dibenarkan,” katanya ketika ditemui media hari ni.

Menurut hakim, keputusan penangguhan itu tidak akan memberikan sebarang impak negatif kepada reputasi syarikat itu kerana akhbar tersebut masih boleh meminta pampasan jika Mahkamah membenarkan semakan kehakiman dibuat.

Mahkamah menetapkan 7 September ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu.

Sebelum ini, syarikat tersebut memperoleh kebenaran bagi semakan kehakiman berhubung penggantungan dua penerbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily oleh KDN.

 

Tinggalkan komen anda