Skip to main content
HomeViral

Penafian KPWKM Berkaitan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu

By 14 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi di bawahnya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’ yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media social ada berkaitan dengan kementerian.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian dalam poster tersebut.

Susualan daripada itu, Kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut.

Kementerian ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru berhenti menyebarkan kepada orang lain.

Tinggalkan komen anda